Saturday, December 11, 2010
Bruno Mars - Count on me
Wednesday, December 8, 2010
COFFEE-MATE® - Nota Cinta Episode 1
Ada masanye..
setelah sekian lama..
kita akan kehilangan saat itu..
Namun terpulang kepada kita..
untuk mengembalikannya.
COFFEE-MATE® - Nota Cinta Episode 2
melihat bagaimana ia bole disemarakkan,
kerana setiap peluang memberikan kemungkinan,
namun kadang-kadang ia memerlukan lebih daripada itu...
Sambung Episod 3...
COFFEE-MATE® - Nota Cinta Episode 3
apa pun tidak akan menjadi kalau kita hanya berdiam diri dan mengharapklan sesuatu,
kerana setiap perubahan memerlukan permulaan,
sama ada permulaan daripada dia atau pun kita sendiri....
Tamat..
Wednesday, November 17, 2010
Selamat hari Aidil Adha...
Monday, November 15, 2010
..Perfect two
by Auburn
You can be the peanut butter to my jelly
You can be the butterflies I feel in my belly
You can be the captain and I can be your first mate
You can be the chills that I feel on our first date
You can be the tear that I cry if we ever split
You can be the rain from the cloud when it’s stormin’
Or you can be the sun when it shines in the mornin’
Don’t know if I could ever be
Without you cause boy you complete me
And in time I know that we’ll both see
That we’re all we need
You’re the straw to my berry
You’re the smoke to my high
And you’re the one I wanna marry
Cause your the one for me (for me)
And I’m the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we’re the perfect two
We’re the perfect two
Baby me and you
We’re the perfect two
You can be the prince and I can be your princess
You can be the sweet tooth and I can be the dentist
You can be the shoes and I can be the laces
You can be the heart that I spill on the pages
You can be the pencil and I can be the paper
You can be as cold as the winter weather
But I don’t care as long as we’re together
Don’t know if I could ever be
Without you cause boy you complete me
And in time I know that we’ll both see
That we’re all we need
You’re the straw to my berry
You’re the smoke to my high
And you’re the one I wanna marry
Cause your the one for me (for me)
And I’m the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we’re the perfect two
We’re the perfect two
Baby me and you
We’re the perfect two
You know that I’ll never doubt ya
And you know that I think about ya
And you know I can’t live without ya
No..
And maybe in just a while
I can see me walk down the aisle
courtesy OriginaLyric.Info
[B-Sec 1/2:]
Cause you’re the apple to my pie
You’re the straw to my berry
You’re the smoke to my high
And you’re the one I wanna marry
Cause your the one for me (for me)
And I’m the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we’re the perfect two
We’re the perfect two
Baby me and you
We’re the perfect two
Thursday, November 11, 2010
Maen Bowling dengan mama...
Malam semalam pergi main bowling dengan mama..Mula2 kat rumah dah excited nak main..Pergi main bowling kt Bp Mall..Main 1 game je..Lawan dengan mama...Plus mama nak berlatin untuk tournment peladang 14hb nie..Bengang betul la mama lagi terer main..mama dpat jatuhkan pin smpai seratus lebih..Tp aku just 45 pin je..Ya Allah malunye dengan mama sendri..Before nie x la teruk sampai 45..Malam smlm kenape tah boleh teruk giler..Malu2..sampai kuku terkopak cket..
the conclusion, jangan memperlekehkan orang lain..kalau dah darah bersukan..bagi la apa2 jenis sukan..msti bole punya..walaupun 1st main..Mama memang terer la..Luv u ma..
Kawan, Sahabat, dan Rakan..
kt office boring2 bole pulak terkeluar 1 ilham untuk LG's..nak kata puitis bukan, nak kata pantun pun bukan, sajak jauh sekali..entah la..Tok korang ya LG's..
Terima Kasih LG's
Terima kasih LG's sebab korang terima saya jadi kawan saya dari sekolah sampai sekarang,
Terima kasih LG's sebab korang selalu buat saya happy,
Terima kasih LG's sebab korang memang sporting,
Terima kasih LG's sebab memahami saya,
Terima kasih LG's sebab menerima saya seadanya,
Terima kasih LG's sebab selalu buat korang susah,
Terima kasih LG's sebab korang aku jadi diri sendiri,
Terima kasih LG's sebab terima perangai saya,
Terima kasih LG's sebab bila saya sedih kamu semua ada,
Terima kasih LG's sebab sudi jadi kawan saya dunia akhirat,
Terima kasih LG sebab saya SAYANG kamu semua....
Berapa banyak Terima kasih daaaa....<>
i hope our friendship will last forever and eternity....
Monday, November 8, 2010
31 oct 2010....
thnks pada semua y wish my birthday...sayang kamu smua..
Thursday, October 21, 2010
Rindu Ngn blog Saya.....
Rasa rindu pulak kt blog saya nie...dah lama sangat tak aktif...nak cakap bz tak bz sangat...tp macam tak sempat nk buka blog saya...mayb dengan kesihatan yang tidak stabil...start dari hari raya smpai sekarang saket saja..dah masuk 2 bulan..demam, batuk, selsma x baik-baik..Dah baik cket ....Awal bulan 10 saya diserang appendix..tengah tidur leh tiba2 sakit smpai tak bole bangun....4 hari jugak la kne thn kt hospital..nasib baik x kne operate..tp kalo pas nie sakit balik..terus kne buang..bersiap sedia je la...moga x berulang..harap sangat..doktor cakap jgn makan bende pedas2, byk kn minum air tp ape la nikmatnye x rse pedas...Ade masa degil jugak..makan jugak tp x banyak la..cm selalu..stil igt pesanan doktor..kwan2 tolong doakan saya cepat sembuh..btw wlpun sakit hati tetap berbunga..hehe...
Sunday, September 19, 2010
Berbuka bersama LG's
Monday, August 16, 2010
Alhamdulilah....
Sekali lagi aku bersyukur.problem yang berlaku baru2 ni hampir selesai..Alhmdulilah sgt2..
Boss aku sudah tidak marah lagi..tapi parut masih tetap ada..apa y dia cakap aku akan ingat sampai bila..Pada Akk Hajar iaitu Pengurus Project..banyak benda aku belajar dari akk..engkau bukan la seorang yang baik. Pas ni aku tidak akan aggap ko seperti ibuku..Picture tok claim aku dah settle buat...Kalau tidak settlekan aku ada cara sendiri nk settlekan prob nie..Untuk boss lain kali kalau nk marah pekerja berlapis sedikit..kadang2 orang yang tidak ada kepentingan ini la yang boleh selesaikan masalah nie..Tapi aku bukan seorang pendendam..bole maafkan tapi parut masih ada..:-)
Monday, August 9, 2010
Mengalir Air Mata...
Mengalir air mata di office...aku sedih sangat arini. Kehilangan 1 folder penting. Aku bukan sengaja nak ilgkan tp tiba komputer jem..komputer restart balik aku tengak folder dah tak da..aku cari kt semua folder x de.. cari kt search pun x de..bos call marah aku..sedih banget..x tahu nk luahkan kt sape..pengurus project marah tp bukan aku sengaja nak ilangkn..dye kata kalo gambr 2 x de nnti x leh claim project tok bulan 6..abis nak suruh aku wt cam mane..aku pun tak nak menyusahkan diri sendiri dengan company..Ya Allah bantu la hamba mu ini..lembutkan hati boss aku, permudahkan kerja ku, tunjukkn jalan untuk aku settlekan prob nie..Dugaan2 esk dah pose..Hopefully aku tidak diberhentikan kerja..kalau nk berhentikan pon lepas raya la..Kawan2 tlg doakan aku ye..Esok puasa... Saya ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan & Seamat Berpuasa uat keluargaku yg tercinta, rakan2ku, kenalanku & semua umat islam~ Puasa bg yg mampu... jgn puasa yangyok lak.... especially kaum laki yg suke puasa half day... blajar2 la puasa penoh yer.... :)
Thursday, July 29, 2010
Bulan Syaban bulan keberkatan
Hari ini 30 Julai bersamaan 18 Syaban..Cepat rasanya masa berlalu mendekati bulan Ramadhan. Sekarang kita berada di bulan Sya‘ban. Bulan Sya‘ban juga mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam. Keadaan ini samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang mempunyai fadhilat tersendiri, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang ahli ibadat sebagai masa mengaut pahala.
Bulan Sya‘ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam di mana Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Pernah diriwayatkan bahawa Baginda tidak pernah berpuasa sunat dalam sebulan, lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya‘ban.
Dalam makna yang lain Baginda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam memperbanyakkan puasa sunat di bulan Sya‘ban dibandingkan bulan-bulan yang lain. Oleh kerana itu amatlah dituntut bagi umat Islam mencontohi apa yang dilakukan oleh Baginda itu kerana selain memperbanyak amal kebajikan di bulan ini, ia juga merupakan suatu latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan.
Keistimewaan bulan ini bahawa amalan seluruh manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Maka antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:
1. Memperbanyak puasa sunat.
Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
2. Bertaubat dan beristiqhfar
Taubat ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam agama supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum ini melakukan taubat pada setiap masa dan ketika. Tegasnya hukum taubat itu adalah wajib dari segi syara‘. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah yang dikatakan taubat nasuha.
Taubat nasuha tidak akan tercapai tanpa mendatangkan terlebih dahulu syarat-syarat yang ditentukan. Umpamanya jika dosa itu antara hamba dengan Tuhan:
1. Hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu.
2. Hendaklah dia benar-benar menyesali dan merasa dukacita atas perbuatan maksiatnya itu.
3. Hendaklah dia berjanji dan berazam untuk tidak akan kembali mengulangi melakukannya.
Manakala jika dosa itu bersangkut paut dengan hak orang lain, maka selain syarat-syarat sebagaimana yang disebutkan di atas, ditambah lagi satu syarat iaitu hendaklah membersihkan dirinya daripada hak orang itu atau orang yang melakukan dosa itu memohon maaf kepada orang berkenaan.
Selain daripada itu, peranan taubat itu sendiri tidak terhenti setakat membersihkan diri daripada segala dosa dan maksiat. Lebih daripada itu ia juga merupakan suatu cara untuk kita sentiasa berlindung diri kepada Allah subhanahu wa Ta‘ala memohon keberkatan ketika kita memulakan dan membuat sesuatu pekerjaan yang berfaedah dan mengharapkan kurnia, taufiq serta diselamatkan daripada ditimpa musibah, kesusahan, kesulitan dan sebagainya.
Adapun istighfar itu pula ialah pernyataan memohon ampun kepada Allah daripada semua dosa. Lafaz istighfar itu di antaranya ialah
bererti: “Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung”.
3. Memperbanyak zikir dan berdoa
Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang mempersucikan Allah dan membersihkanNya dari sifat-sifat yang tidak layak untukNya.
Terdapat banyak ayat al-Qur'an dan hadis yang memerintahkan agar manusia mengambil berat tentang zikir. Banyak faedah yang diperolehi hasil daripada berzikir. Antaranya ialah:
i. Menenangkan hati:
Ini bersesuaian dengan janji Allah Subhanahu wa Ta‘ala bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.
ii. Kawalan Diri dan Perlindungan Malaikat:
Seseorang itu merasa terkawal kerana Allah sentiasa menyertainya di mana sahaja dia berada. Akibatnya paling minima dia takut hendak berbuat maksiat dan bersedia pula untuk melakukan ketaatan.
Bahkan dia juga mendapat kawalan sepenuhnya daripada malaikat. Bagi orang yang sekadar duduk di majlis zikir sekalipun tidak bersama berzikir akan mendapat juga rahmat Allah dan kawalan malaikat.
iii. Terpelihara Daripada Godaan dan Pujukan Syaitan.
iv. Meningkatkan Rasa Kecintaan Kepada Allah:
Untuk meningkatkan kecintaan kepada Allah, mestilah memahami dan menghayati bacaan tasbih, doa dan istighfar yang diucapkan itu.
Kelebihan bulan Sya`ban.
(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi)
1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)
2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)
3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).
4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.
5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).
6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).
7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).
8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)
9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)
10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)
11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)
12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.
13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.
14. Barangsiapa membaca,
(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)
ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).
15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;
1) Orang yang kekal minum arak
2) Orang yang durhaka kepada ibubapa
3) Orang yang kekal dalam zina
4) Orang yang banyak berkelahi
5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta
6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).
16. Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis)
17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya:
(Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)
18. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".
(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).
19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.
Diatas sedikit info tentang kelebihaan bulan syaban..moga bulan ini memberi aku peluang untuk lebih beribadat dan mendekatkan dari kepada mu Ya Allah SWT..Aku diantara orang-orang yang ingin mendekatkan diri kepada mu..Permudahkan la seluruh urusan Aku dan keluarga ku..sesungguhnya engkau menjadikan setiap bulan dengan keistimewaan yang tersendiri...Engkau pencipta ku..Nabi Muhammad Nabi ku..Aku seorang hamba yang lemah...
Wednesday, July 14, 2010
The Twilight Saga: Eclipse

Not bad la cite nie, walaupun agak slow cite nie..Dalam cite nie 2 org lelaki suka terhadap seorg wanita y bernama bella..best kn kalo ade ramai org ske kite...tgk cite nie ade smone belanja..thnks ya sudi belanja..wlpun datang dari jauh..i really appreciate..:-D
Saturday, July 10, 2010
2 minggu y memenatkan....
dh lme x tulis ape2 dalam blog nie..2 minggu tersangat bz...ngn urusan kerja di pejabat..kje makin berlambak-lambak sampai kesihatan sendiri x terjaga..grm pn ade skit ati pun ade...
ade suruh edit gambar dalam mase yang sekejap..kalo gmbr cket x pe y nk diedit..ini beratus2 gambar nk edit..pning pale mengadap computer lame2..minggu kedua sambung ngn kje sperti biase..tmbah tolong smone settlekan asgment dye..wah cm kembali menjadi student..huhu
tjukknye " SMS corruption our language" pnt gak wat asgment nie..mengambil masa dlm 1 week tok siapkan..wlpn bdan rase dah x larat..pas settle je smua kje..bru rase bdan nie dh x lrt sgt..demam akhirnye..mama suruh g klinik tp ak mne ske g klinik ngn hspital..last ak demam tahun lps time tu pn time study..lme gak x deman..terpksa la g klinik..doktor ckp srh rest, mkn ubt ikut arahan y disuruh..wahhhh ubatnye sgt besar..cm mne ak nk telan ubat y besar..dah la sgt tkut makn ubat..sape nak bantu ye...kwn2 tlg doakn sya cepat sembuh ya..ok la kita sambung hari laen..dah x lrt nk taip..bubye..saya sayang diri saya...
Sunday, June 13, 2010
Holiday wit LG's

ps magrib we all berjalan pusing2 seremban..not bad gak seremban dh byk kemajuan..jln dh cm kl..huhu..smpai singgah snap2 photo kt dataran seremban....

tgk midnight kul 12.30 .......

Generasi muda zaman sekarang msti X TH psl novel Lagenda Budak Setan sangat popular pada pertengahan tahun 90an kan...tp perasaan bila tgk cite ini x sama ble kte bce novel y sebenar...
banyak lg bab2 y penting d kelakar tidak dimasuk..
Tp dalam movie nie aku suka sangat Lisa Surihani, cantik dia lain dari yang lain. Memang layak membawa watak Ayu, heroin Lagenda Budak Setan. part dye kne belasah ngn Que sgt menjadi..ak ske.. Farid Kamil pun aku rasa cukup kehenseman dan kemachoan untuk menghidupkan roh Kasyah seperti dalam novel.. Di tambah buat aku dengn pelakon kegemaran aku, Que Haidar dan Fazura....
habis kul 2, trus blik umh tia..kteorg tdo kul 3...pg esk we all nk trun kl plak sbb nk temankan emel jumpe fathul hakim...ak ngn ainur smpat jalan2 g midv...for me, this is the most memories in my life...i feel happy to see they all happy and smile.. InsyaAllah i will dtg umh tia lg one day agian..mayb time dye tunang or kwin..may Allah bless they all....syg kamu smua..
Thursday, June 10, 2010
Hapy befday.....luvlly Emel
Yang ke 22 TaHuN...
SeMoga Panjang Umur d DiMuRaHkAn ReZeKi...
May Allah Bless U ..
Sayang Kamu
Happy berfay Luvlly Ziela..
The best In My Life...Ari Konvo ku....
Salam and hye all,
continue story about the best in my life..Ari Konvo ku....wah byk btol dugaan y kne tempuh..pg ari konvo, ak dari skudai nk g pasir gudang..pehh jln jem gler..ak org paling terlmbt msk dewan..nasib baek boley dibenarkan msk..kalo x rse cm nk ngis..tp dlm krete ak dh kne mrh ngn mama sbb bg arahan y slh..lpe plak jln nk g studium PG..tp slh ak gak klur lmbt..ye la mne x lmbt duk bersolek lme sgt..mama mne x mbebelkn..huhu...tp y paling sedih x dpt snap pic ngn mbr2 pagi 2..x dpt beratur ngn dyeorg..kt dlm dewan dh la ak kne duk ngn cos laen cm org bodoh je time 2...sdih gler la..1 bab lg..ble nk ambik sijil diploma ak kt pentas..boley org y bg sijil diploma ak tye ak " dah kerja or study lg?? " ak jwb la "dah kje " boley dye tye ak "kje kt mne" wah boley plak eh tye bukan2..sampai la ak lpe nk pndg cmera..bengang btol ak..sbr je la..so majlis konvokesyen berakhir smpai kul 12..pas 2 sesi bergmbr2 ngn fmily..klur je dari dewan adik ku bg aku bunga..smpai 2 jmbgn bunga ak dpt..1 dari fmily ku, 1 lg dari nnk dan uncle najib skelurga..so sweets..terharu sgt...Ambik pic ngn mbr2 smua..penuh sesak studium sbb ujan plk..
ps settle bergmbr ngn mbr2..smpat gak ak bergmbr ngn lctrr project..en. khairul anuar..thnks sbb sudi jd lctrr project kteorg 'ak & noi '...settle je sesi ambik photo kt studio..ak blik ke rumah uncle najib..hari itu sgt terpenting dalam hidup ku..x th ble lg ak nk ambik ijazah plak..InsyaAllah 1 ari nnti...ps mgrib ak bertolak blik ke bp..tp sblum blik smpt ak belanja fmilyku, uncle njib sklurga d nenek makan seafood di pontian..dgn gaji ku sendri..huhu..sgt berpuas ati..ape pn ari itu sgt berharga dlm hidup ku...ak x akn melupakn..
Wednesday, June 2, 2010
The best In My Life...Waktu Raptai..



ak stil nk cite gak..cm2 benda y terjadi..smpai ak rse knpe la byk sgt dugaan sebelum hari konvo ak..bju x siap la..cuba korg bygkn 2 ari lg nk konvo bju x siap!!!!!... time 2 ak rse cm x de prsaan...sdgkn ak dh antar 3 minggu seblum konvo..sbr je la..last2 mnt siap gak..nsib baek..cian adik ak ca..bju dye x dpt siapkn..Ak g ari sbtu..1 fmily smua ade mama, abh, nonie, cia, caca bermasuk nnk follow skli..tumpang tdo kt umh uncle najib..wah rindu kt mak usu, nabil and adik..dh lme x jmpe dyeorg..x lupa gak uncle najib..dye byk membantu ak d memahami ku..x mcm uncle2 y laen..back the story sblum ari konvo berlangsung..ahd diadakan raptai.. abh antar ku ke umh noi..wah rindu gler ngn noi..dh lme x jmpe dye..ak tumpang noi g raptai..jmpe la mbr2 y hmpir setahun x jmpe..mbr housemate dlu..mia dgn tunang dye, tatat, ika, x kn ku lpe mata birunye..zarah y makin kurus bz kje kot..nadia y mkin cntik, adha y sebuk bercinta ngn jamal dan roomate ku iwa y paling lme x jmpe...cm2 la topic y di bincangkn....rindu kt korg smua..
Sunday, April 18, 2010
Cassia Housemate....

CASSIA HOUSEMATE...PJB
Arini nk story psl mbr2 time study kt PJB (politeknik johor bahru )
kt poly i ambik course dip kejuruteraan elektronik ( DKE )...
study+asgment+test+Kuiz+project+ final kne tempoh..
smpai la semester 6....
Now dh abis 3 thn i study..rindu kt mbr2..
lg2 mbr2 cassia housemate...
miss u korg smua...
Tuesday, March 30, 2010
Hapy befday.....
Happy befday to u.....
Happy befday to u............
Hapy befday to zul and mad.........
Happy befday to u....
may ur dreams b reality...!! take care..!
hav wonderful b'dae...! :P
zul azri and muhammad ibrahim... ( Kelas DKEA & B)
Thursday, March 25, 2010
My Lovely Club a.k.a Luvlly Girl.....
Club nie ditubuhkan since 2003 until today...ade 9 org smuanye..
stil together2..ops forget smting about Lovely Amy..
kteorg dh buang dye dari group..cz mayb dye dh x
nk kwn ngn kteorg or mayb dye dh ade new friends..
x th la 2..tp kte ade new friend y join kteorg..
lovely Hasmidah( Bidot)...ok la nk knlkn dlu my lovely group.
Lovely Group
1) Lovely Hanna-( Lovely y paling termudah dari kterog)
2) Lovely Nonie- ( paling cute and first lovely y dh kwin d skrg tg pregnt)
3) Lovely Ziela- ( Paling nakal skli dan rjin kje ble cuti sem)huhuhh..
4) Lovely Dayah -( diam2 berisi).....
5) Lovely Fatt- ( sorg y sweet dh bkl nurse)..
6) Lovely Ainur-( Sorg y puitis ayt boley thn jiwang huhuhu tp kcik2 skrg tunang org)..
7) Lovely Emel- ( mnja d sensitif kalo bab2 boy nie..)
8) Lovely Has- ( Paling tinggi dlm group )
9) Lovely een aka farah- psl ak nie tye la mmbr2 group ku..
syg korg smua....( O _ O )
Sunday, March 21, 2010
Wednesday, March 17, 2010
Tentang Diriku..

SRKC,SMKC,GiAt MaRa BeE PeE,PolYteChNic JBeE..ABOUT ME..PinK My FoV CoLor..I LiKe CooKinG..I liKe KaCang..I'm siMpLe GuRl BuT mY FrIenDs AlWayS sAy I'm a FusSy.MaYb!!..sOmEtiMes,VerY SeNsItIf PeRsOn..ToO SeNsITiF WhEn I FiGht WiTh My BoyFRiEnd.Hmm....I'm Not A PeRfEcT GurL
nie kali kedua ak buat blog bru...blog y lme ak dh delete krana sbb2 tertentu..mls nk difikirkan lg...
............................................................................................................................................















